Sunday, 21 October 2012

PERLEMBAGAAN KELAB


KELAB PENCEGAHAN JENAYAH,
SK CHENDERONG KELUBI,
31800 TANJUNG TUALANG PERAK

PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH  SKCK

1.       NAMA RASMI KELAB: KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH
2.       ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, 31800 Tanjung Tualang Perak.

3.       FALSAFAH KELAB
Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan inovatif,  mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang diceburi,  mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga sahsiah,  serta menggembelingkan kreativiti diri secara global  demi memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri

4.       MOTTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

5.       SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA:
a.       En. Mohammad Aimaduddin bin Pandak Abdul Aziz
b.       En. Azuri bin Sharudin
c.       En. Ahmad Humairi bin Razalli   

6.       MATLAMAT:
                              i.      Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah.

7.       OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB:
            i.      Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.
           ii.      Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
                 iii.      Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
                       iv.      Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
                         v.      Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dalam hal-hal pencegahan jenayah.

8.       AKTIVITI:
                           i.      Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah (Rujuk Lampiran 1)

9.       AHLI JAWATANKUASA
                           i.      Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong
Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib Bendahari, Ahli Jawatankuasa, Pemeriksa kira-kira
                         ii.      Syarat-syarat untuk menjadi AJK
Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan
                       iii.      Tugas-tugas AJK
(a)
Pengerusi
Mempengerusikan mesyuarat yang diadakan
(b)
Naib Pengerusi
Memastikan semua kegiatan dijalankan dengan baik
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab  yang diberi
(c)
Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat
Menyediakan laporan semester dan tahunan
(d)
Naib Setiausaha
Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diberi
(e)
Bendahari
Mengutip wang sumbangan daripada ahli
Memastikan akaun sentiasa dikemaskini
(f)
Naib Bendahari
Membantu bendahari menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi


                       iv.      Hak-hak ahli:
(a) Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa
(b) Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
(c) Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat atau persatuan dan berpakain yang sesuai

9.       MESYUARAT:
                                 i.            Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan oleh sekolah ataupun jika perlu pada hari dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Guru Penasihat
                               ii.            Koram yang perlu untuk Mesyuarat Agong:
                             iii.            Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua
                             iv.            Pemilihan jawatankuasa kelab
                               v.            Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh pengetua
                             vi.            Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal
                           vii.            Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru Penasihat
                         viii.            Koram yang perlu unuk mesyuarat AJK adalah dua pertiga ahli
                             ix.            Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab oleh Setiausaha
                               x.            Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat.
                             xi.            Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku Laporan Persatuan
                           xii.            Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah disediakan dan satu salinan diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum sekolah.
                         xiii.            Tempat mesyuarat                                             : tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan
                          xiv.            Tempat perjumpaan untuk aktiviti                 : Berpusat dalam kawasan sekolah

10.    KEWANGAN
                                 i.            Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
                               ii.            Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
                             iii.            Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu dan berfaedah bagi mencapai objektif aktiviti kelab.
                             iv.            Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM 10.00 pada satu-satu masa dan wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penasihat.
                               v.            Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

11.    KEAHLIAN
                                 i.      Keahlian terbukan kepada semua murid
                               ii.      Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian tatapi kehadiran akan mempengaruhi
                             iii.      markah kokurikulum tahunan pelajar

12.    PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
    1. Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan dengan mendapatkan persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.
    2. Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat  Kelab adalah perlu sebelum sesuatu pindaan perlembagaan kelab dilakukan.
13.    LAIN-LAIN:
Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan pelajaran Negeri masing-masing

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

No comments:

Post a Comment